PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tips Bangun Sahur

Semekom semua.Erm, kita sudahpun berpuase lebih dari seminggu dah.Tapi mungkin ada sesetengah daripada kita susah betul nak bangun sahur.Erm, mungkin korang boleh cuba tips yang aku bagi kat bawah ni, mane tahu ia menjadi atau mujarab kot...ok...

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!


tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya


P/S: Ape-apepun,bulan puase ni banyakkan lagi lar ibadah kita kepada Allah.Tapi jangan lupe bersahur ok.!


1st Ramuan Berbuka : Ice Mocha & Nasi Goreng Ikan Bilis

Ice Mocha Blende...memang minuman terbaik lar bagi aku sekarang ni...die punya ais yang sejuk,campir plak krimnya yang manis dan sedap giler tu memang buat aku cair beb...bukan awek cun je yang buat aku cair tapi ais mocha nipun baut aku cair...memang minuman terbaik untuk berbuka puasa untuk ramadhan pertama

Nasi goreng ikan bilis memang masyuk beb...aku memang beli selalu makanan ni kalau aku singgah kat kedai mamak...tapi pendapat aku kalau nasi goreng ikan bilis kat kedai biase tak best mane lar...kalau kat kedai mamak,memang rock beb...nasi goreng ikan bilis ni die punya aura hanya terletak kat ikan bilis je...kalau xder ikan bilis memang konfem aku tak beli...ape kate korang semua try dengan makanan ni semasa berbuka...weh layan habis wei...

P/S : Sebenarnya banyak lagi ramuan berbuka yang best2 dan masyuk2 yang aku nak tunjukkan kat korang..cume aku kena ceriter satu2 je la dulu...


Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam Di Dunia

22 Ogos 2009, pada hari Sabtu yang mana ia merupakan besday aku dan juga hari di mana semua atau seluruh umat islam di seluruh dunia berpuasa.Fuh bangga betul hari pertama ramadhan tahun ni hari jadi aku,hehehe...Aku taknak cakap banyak ler,cume nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SERANTAU DUNIA....Puase jangan tak puase...

HIKMAH BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN(Sila renung-renungkan yer...)

“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:”Wahai orang-orang yang beriman” dan disudahi dengan:” Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.”Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

“Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

“Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (s.al-A’raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

“Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang.”

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: “Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185
)

Diambil dari : Pondok Habib


Video : Kata-Kata "HIKMAT" Mat Said

Best gak biler tengok video-video politik ni,lebih-lebih lagi kalau ade adegan camni...hahaha memang lawak...Kenal tak dengan Mat Said ? Mesti kenalkan Mat Said, Menteri Besar Terengganu sekarang ni....Video kat bawah ni mungkin bukan video yang baru,aku rase ni video tahun lepas atau 2 tahun lepas kot...tapi korang tengok ler memang lawak giler...Tengok si Mat Said ni melenting,cakap berterabur je....korang tengok je lar video kat bawah ni ni....



Aku suke giler tengok Mat Said cakap :

* " Muke je pakai songkok,perangai cam iblis...hahaha muke pakai songkok ? bukan pakai songkok je ker?hahaha
* " Sajak,bersyair...giler err...!" hahaha lawak...

Wahid Endut plak :

* " Ade orang terase-terase..." hahaha lucu....

P/S : Kepada warga-warga yang bukan berasal dari negeri terengganu atau korang tak faham bahasa terengganu, korang secara langsung atau tidak langsung memang korang tak paham ape yang diblebel oleh 2 pak cik tua kat atas ni,jadi saranan aku ialah korang mesti menonton video ni bersama dengan warga terengganu atau warga kelantan...



Horlick Satu Nescafe Satu.!

(Aku ambik pandangan belakang je gambar ni sebab kalau aku ambik pandangan depan memang menjijikkan,eii naik bulu dada roma aku...pandangan belakang ipun dah geli dah,wei...)

Aku mulakan entri atau artikel pertama untuk blog aku ni dengan satu isu hangat yang sering diperdeBABkan oleh masyarakat kita sekarang dan tidak perlu diperkenalkan lagi iaiatu H1N1.Kalau kat kampung aku ade seorang tok imam sebut perkataan H1N1 ni "Hini",hahaha...aku tak tahu sebab ape...Tapi virus ni sememangnya virus yang paling popular dan merbahaya sekarang ni yang melanda bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia.Ramai yang terkorban akibat virus n penyakit ni.Setiap hari khususnya di Malaysia, ramai manusia yang mati akibat virus ini.Sememangnya kitahu virus H1N1 berpunca dari sejenis haiwan yang bernama B**I...Tapi yang menjadi persoalan aku ialah adakah dengan membunuh semua B**I ni akan menghapuskan virus dan melenyapkan wabak ini dari muka bumi ini?Erm...cuba kita fikir-fikirkan...

Kat sekolah aku sekarang ni ramai yang dah pakai topeng.Cikgu,kawan-kawan akupun ade pakai topeng.Tapi kelakar betul lar yang pakai topeng ni,hahaha aku tengok cam geng2 ninja turtle la pulak(pandangan aku je)...Mesti kilang yang buat topeng sekarang ni untung besarkan...ye lar sempena dengan wabak h1n1 ni, ramai yang beli topeng ni untuk memakai bagi tujuan keselamatan.Bagi aku, cara ini sememangnya dapat mengurangkan atau menghalang virus h1n1 mendekati diri kita,kita tidak tahu biler ia akan sampai,jadi kita harus berwaspada dengan ancaman ini.Dengar berita2 dan akhbar2, 5 juta rakyat Malaysia akan mati disebabkan oleh virus ini,erm betul ker?Astaghfirullahalazim,aku harap ia tak akan berlaku.

Kat bawah ni merupakan langkah-langkah berjaga-jaga dalam mencegah virus H1N1 dan diwajibkan mengamalkan kalau takpun salah satu daripadanya korang wajib kena buat dan amal :

  • Wajib isytihar status kesihatan
  • Majlis Keselamatan Negara diberi mandat mengambil tindakan wajar
  • Penjarakkan sosial
  • Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat
  • Topeng muka dan pelalian influenza bermusim dibekalkan
  • Tingkat kebersihan tandas awam
  • Kempen media
  • Hadkan pelawat di hospital
  • Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
  • Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan